Sunday, April 13, 2014

Kereta Sewa di KLIA untuk Pelancong dari Luar Lembah Klang

Hari ni saja2 nak naikkan balik post lama berkenaan kereta sewa klia.

Post ni ditujukan khas untuk semua yang berada di luar kawasan lembah klang. Terutama yang jauh2 seperti dari sarawak, sabah, kedah, perak atau pon dari pantai timur.

Bagi pelanggan2 yang berhasrat untuk melawat/melancong ke Lembah Klang atau kuala lumpur,tapi takde kereta untuk disewa, sila lah contact kami dengan segera.

Kami sedia menghantar dan mengambil kereta terus di KLIA dengan caj yang amat berbaloi-baloi. Pelanggan tak perlu pening2 atau menggagau lagi untuk mencari kereta sewa apabila tiba di KLIA. Cuma bagitau kami waktu ketibaan dan kami akan ada disana tepat pada waktunya, insyaallah.

Senang dan jimat. Sesenang ABC:
  1. Pelanggan turun kapal terbang di KLIA.
  2. Terus ambil kereta sewa dari kami di KLIA. 
  3. Pelanggan boleh gunakan kereta sewa untuk melancong, berjalan-jalan, bisnes, mesyuarat dan lain2.
  4. Pulangkan balik kereta sewa kami di KLIA.
  5. Naik kapal terbang untuk balik kampung halaman.

sewa kereta klia


Kereta yang kami sediakan, Viva, Myvi, Alza, Saga, Alphard dan Estima. Harga kereta sewa kami sangat berpatutan. :) Caj penghantaran kami ke KLIA hanya rm70 sehala.

Senang je kan? Apalagi, hubungi kami sekarang.

016-9647428
KLezCar Bukit Raja

Kereta sewa untuk semua. 

Tuesday, April 8, 2014

Penghantaran Percuma Kereta Sewa - Shah Alam 4

Untuk makluman semua, kami menyediakan khidmat penghantaran secara PERCUMA ke beberapa lokasi disekitar kawasan Shah Alam.

Ini adalah lokasi lain penghantaran PERCUMA untuk kereta sewa kami iaitu di Stesen Petronas, Jalan Plumbum N7/N, Seksyen 7, Shah Alam. Stesen Petronas ini adalah sangat berdekatan dengan Jakel Silk House, seksyen 7.

Semua boleh merujuk kepada Google Map di bawah kalau2 tak jumpa cari. :)

Penghantaran Kereta Sewa Percuma

Shah Alam free delivery

Sebarang pertanyaan mengenai kereta sewa kami, sila hubungi (call/sms) :

KLezCar Bukit Raja
016-9647428

Thursday, March 20, 2014

Mencari Pelabur untuk Bisnes Kereta Sewa

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada pelanggan kereta sewa kami.

Kereta Sewa Pelabur


Alhamdulillah, setelah setahun lebih beroperasi, tempahan kereta sewa yang kami terima amat menggalakkan. Sehingga pada masa2 tertentu, kami tidak mencukupi kereta untuk memenuhi tempahan tu.

Oleh itu, kami ingin membuka PELUANG kepada semua yang berminat untuk menambah pendapatan atau mengurangkan beban hutang korang dengan melabur kat syarikat kereta sewa kami.
  
Disini kami buka peluang kepada anda utk 2 jenis peluang :
  1. Keluarkan kereta BARU (kami akan uruskan) dan pajak kepada kami. Pelabur akan dapat duit kos + keuntungan bulanan (40% daripada keuntungan).
  2. Kereta yang tak digunakan atau tak mampu untuk dibayar. Kami akan SAMBUNG bayar kereta tersebut. Kereta mestilah dalam keadaan baik dan tidak lebih dari 2 tahun.

Antara senarai kereta yang kami nak :
  • Perodua Myvi
  • Perodua Alza
  • Proton Exora
  • Toyota Vios
  • Toyota Alphard/Vellfire
  • Toyota Camry
  • Toyota Estima
  • Honda City
  • Honda Civic
  • dan lain2 mengikut kehendak market.
Perjanjian pajak/sambung bayar akan ditandatangi oleh kedua2 pihak. So, segalanya mengikut cara yang betul dan halal, insyaallah.

Oh ye. Perlu diingatkan, seperti mana2 pelaburan bisnes yang lain, mesti ada untung dan rugi. Kami menggunakan konsep mudharabah dalam perjanjian pelaburan kami ni. Ini bermakna, untung atau rugi akan ditanggung oleh kedua2 belah pihak (kami & pelabur).

Sila hubungi kami untuk penerangan lebih lanjut.
013-9188282 (Khairul)
ezkeretasewa@gmail.com

Tuesday, January 14, 2014

Kereta Sewa Shah Alam - Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Salam kepada semua pelanggan kereta sewa kami di Shah Alam, Kelang, Petaling Jaya, Subang, Puchong dan di sekitar Lembah Klang.

Hari ini kami ingin mengucapkan selamat bercuti sempena hari Maulidur Rasul. Semoga kita semua terus tetap beristiqamah mengikut segala perintah/larangan Allah serta Sunnah nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW.

Maulidur Rasul 2014 kereta sewa

Jika anda mempunyai pertanyaan mengenai kereta sewa kami, sila hubungi KLezCar Bukit Raja di :
016 9647428
013 9188282

Kereta sewa untuk semua.

Saturday, January 11, 2014

Berita Kereta Sewa - Perodua Keluar Alza Model Baru 2014

Salam kepada semua pelanggan kereta sewa kami. Semua orang pasti kenal akan kereta Perodua Alza. MPV compact yang sangat sesuai untuk kegunaan bagi mereka yang berkeluarga atau pun yang memerlukan kereta besar dan selesa. 

Baru-baru ini, Perodua telah melancarkan Model Alza yang terbaru. Model terbaru tersebut turut menawarkan 3 variasi baru Alza iaitu Alza FL Standard, Alza FL SE dan Alza FL Advance Version.

Ketiga-tiga variasi ini dilengkapi dengan bodykit yang lebih menarik daripada model2 sebelumnya. Alza kini tampak lebih garang dan menarik.

Warna juga memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan penampilan kereta yang menarik. Perodua memberikan pilihan warna seperti Ivory White (putih), Ebony Black (hitam), Glittering Silver (perak), Mystical Purple (ungu) dan Passion Red (merah). Warna merah merupakan warna baru yang diperkenalkan untuk model ini.

Dari segi harga pula, Model Alza ini lebih murah berbanding model2 sebelum ini dengan Alza FL Advance Version hanya rm64000 sahaja. Sangat berbaloi-baloi.

Harga Alza 2014
Harga Perodua Alza Baru 2014

Alza Standard 2014
Perodua Alza FL Standard

Alza SE 2014
Perodua Alza FL SE

Alza Advance Version 2014
Perodua Alza FL Advance Version

Kami juga menyediakan MPV sewa Perodua Alza (tapi tahun 2013). Kepada individu atau syarikat yang berminat menyewa, boleh hubungi kami.

KLezCar Bukit Raja
016 9647428

Kereta sewa untuk semua...