Kami menyediakan khidmat penghantaran dan pemulangan ke KLIA. Imej dari |
Sejak beberapa bulan ni, alhamdulillah kami menerima banyak tempahan dari pelanggan2 yang jauh seperti dari Sarawak, Sabah, Terengganu, Pulau Pinang, Johor dan Kedah. Kerap juga kami menghantar kereta-kereta kami ke tempat-tempat seperti KLIA, LCCT, Perhentian Bas Seksyen 17 Shah Alam, Hentian Bas Putra dan juga Hentian Bas Jalan Duta.
Kebanyakan pelanggan-pelanggan ini datang alasan untuk urusan perniagaan, berkursus ataupon cuma datang untuk berjalan-jalan. Antara komen yang kami terima dari mereka, dengan menyewa kereta-kereta kami, pelanggan dapat jimatkan kos pengangkutan selama mereka berada di sini. Mereka tidak perlu risau untuk mencari/menahan teksi dan laluan bas. Mereka bebas untuk ke mana-mana dengan kereta yang mereka telah sewa.
Kami juga menghantar dan mengambil di Hentian Bas Jalan Duta. Imej dari |
Berikut kami kongsikan beberapa tips untuk pembaca blog ini.
Tips untuk menyewa kereta ketika berkursus/melancong di tempat luar kawasan
- Cari pengusaha kereta sewa yang serius membuat perniagaan kereta sewa. Ini untuk mengelakkan pelanggan daripada ditipu atau tidak mendapat kereta seperti yang dijanjikan.
- Pastikan harga kereta sewa tidak terlalu murah dan tidak terlalu mahal.
- Buat tempahan atau booking seelok-eloknya seminggu daripada tarikh ke destinasi. Ini untuk memastikan kereta telah tersedia sebaik kita sampai ke destinasi.
- Pastikan kereta sewa boleh dihantar dan dipulangkan ke tempat-tempat seperti hotel, airport, hentian bas atau pon stesyen keretapi/LRT/Komuter.
- Sila nyatakan kepada pengusaha kereta sewa berapa ramai yang mengikut sekali. Mungkin mereka boleh cadangkan kereta yang bersesuaian dan selasa untuk pelanggan.
Itu sahaja untuk post kali ini. Untuk lebih info, boleh rujuk kepada post-post kami yang terdahulu:
Untuk tempahan, sila hubungi kami, KLezCar Bukit Raja untuk keterangan lanjut..
Call/Sms/whatsapp/wechat
016 9647428
Kereta sewa untuk semua...
016 9647428
Kereta sewa untuk semua...
No comments:
Post a Comment