Saturday, November 30, 2013

Baru Sampai Lembah Klang dan Mencari Kereta Sewa?

Salam dan selamat petang kepada semua pelanggan kereta sewa kami di Shah Alam, Petaling Jaya, Kelang, dan di mana2 sahaja. :)Hari ini kami ingin berkongsi pengalaman menyewa kereta-kereta sewa kami kepada pelanggan yang berada di luar kawasan Lembah Klang.

KLIA kereta sewa
Kami menyediakan khidmat penghantaran dan pemulangan ke KLIA. Imej dari en.wikipedia.org

Sejak beberapa bulan ni, alhamdulillah kami menerima banyak tempahan dari pelanggan2 yang jauh seperti dari Sarawak, Sabah, Terengganu, Pulau Pinang, Johor dan Kedah. Kerap juga kami menghantar kereta-kereta kami ke tempat-tempat seperti KLIA, LCCT, Perhentian Bas Seksyen 17 Shah Alam, Hentian Bas Putra dan juga Hentian Bas Jalan Duta.

Kebanyakan pelanggan-pelanggan ini datang alasan untuk urusan perniagaan, berkursus ataupon cuma datang untuk berjalan-jalan. Antara komen yang kami terima dari mereka, dengan menyewa kereta-kereta kami, pelanggan dapat jimatkan kos pengangkutan selama mereka berada di sini. Mereka tidak perlu risau untuk mencari/menahan teksi dan laluan bas. Mereka bebas untuk ke mana-mana dengan kereta yang mereka telah sewa.

Jalan Duta Kereta Sewa
Kami juga menghantar dan mengambil di Hentian Bas Jalan Duta. Imej dari www.leeloknoh.leewantam.com  

Berikut kami kongsikan beberapa tips untuk pembaca blog ini.

Tips untuk menyewa kereta ketika berkursus/melancong di tempat luar kawasan

  • Cari pengusaha kereta sewa yang serius membuat perniagaan kereta sewa. Ini untuk mengelakkan pelanggan daripada ditipu atau tidak mendapat kereta seperti yang dijanjikan.
  • Pastikan harga kereta sewa tidak terlalu murah dan tidak terlalu mahal.
  • Buat tempahan atau booking seelok-eloknya seminggu daripada tarikh ke destinasi. Ini untuk memastikan kereta telah tersedia sebaik kita sampai ke destinasi.
  • Pastikan kereta sewa boleh dihantar dan dipulangkan ke tempat-tempat seperti hotel, airport, hentian bas atau pon stesyen keretapi/LRT/Komuter.
  • Sila nyatakan kepada pengusaha kereta sewa berapa ramai yang mengikut sekali. Mungkin mereka boleh cadangkan kereta yang bersesuaian dan selasa untuk pelanggan.

Itu sahaja untuk post kali ini. Untuk lebih info, boleh rujuk kepada post-post kami yang terdahulu:

Untuk tempahan, sila hubungi kami, KLezCar Bukit Raja untuk keterangan lanjut..

Call/Sms/whatsapp/wechat
016 9647428

Kereta sewa untuk semua...