Tuesday, January 14, 2014

Kereta Sewa Shah Alam - Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Salam kepada semua pelanggan kereta sewa kami di Shah Alam, Kelang, Petaling Jaya, Subang, Puchong dan di sekitar Lembah Klang.

Hari ini kami ingin mengucapkan selamat bercuti sempena hari Maulidur Rasul. Semoga kita semua terus tetap beristiqamah mengikut segala perintah/larangan Allah serta Sunnah nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW.

Maulidur Rasul 2014 kereta sewa

Jika anda mempunyai pertanyaan mengenai kereta sewa kami, sila hubungi KLezCar Bukit Raja di :
016 9647428
013 9188282

Kereta sewa untuk semua.

Saturday, January 11, 2014

Berita Kereta Sewa - Perodua Keluar Alza Model Baru 2014

Salam kepada semua pelanggan kereta sewa kami. Semua orang pasti kenal akan kereta Perodua Alza. MPV compact yang sangat sesuai untuk kegunaan bagi mereka yang berkeluarga atau pun yang memerlukan kereta besar dan selesa. 

Baru-baru ini, Perodua telah melancarkan Model Alza yang terbaru. Model terbaru tersebut turut menawarkan 3 variasi baru Alza iaitu Alza FL Standard, Alza FL SE dan Alza FL Advance Version.

Ketiga-tiga variasi ini dilengkapi dengan bodykit yang lebih menarik daripada model2 sebelumnya. Alza kini tampak lebih garang dan menarik.

Warna juga memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan penampilan kereta yang menarik. Perodua memberikan pilihan warna seperti Ivory White (putih), Ebony Black (hitam), Glittering Silver (perak), Mystical Purple (ungu) dan Passion Red (merah). Warna merah merupakan warna baru yang diperkenalkan untuk model ini.

Dari segi harga pula, Model Alza ini lebih murah berbanding model2 sebelum ini dengan Alza FL Advance Version hanya rm64000 sahaja. Sangat berbaloi-baloi.

Harga Alza 2014
Harga Perodua Alza Baru 2014

Alza Standard 2014
Perodua Alza FL Standard

Alza SE 2014
Perodua Alza FL SE

Alza Advance Version 2014
Perodua Alza FL Advance Version

Kami juga menyediakan MPV sewa Perodua Alza (tapi tahun 2013). Kepada individu atau syarikat yang berminat menyewa, boleh hubungi kami.

KLezCar Bukit Raja
016 9647428

Kereta sewa untuk semua...

Wednesday, January 8, 2014

Kereta Sewa Shah Alam - Tahun Baru Cina 2014

Berita baik.. Kami sudah buka untuk mengambil tempahan kereta sewa sempena Tahun Baru Cina 2014 pada 31 Januari ini.

Tahun Baru Cina 2014 Kereta Sewa
Kami berharap agar kami dapat membantu pelanggan2 kami yang ingin pulang ke kampung halaman tetapi tidak mempunyai kenderaan. Harga yang kami tawarkan juga adalah amat berpatutan.

Sila klik link berikut untuk senarai harga kereta sewa kami.

Semoga percutian/perjalanan semua selamat di sepanjang musim perayaan ini.

Untuk tempahan, sila hubungi kami, KLezCar Bukit Raja untuk keterangan lanjut..

Call/Sms/whatsapp/wechat
016 9647428

Kereta sewa untuk semua...