Saturday, January 11, 2014

Berita Kereta Sewa - Perodua Keluar Alza Model Baru 2014

Salam kepada semua pelanggan kereta sewa kami. Semua orang pasti kenal akan kereta Perodua Alza. MPV compact yang sangat sesuai untuk kegunaan bagi mereka yang berkeluarga atau pun yang memerlukan kereta besar dan selesa. 

Baru-baru ini, Perodua telah melancarkan Model Alza yang terbaru. Model terbaru tersebut turut menawarkan 3 variasi baru Alza iaitu Alza FL Standard, Alza FL SE dan Alza FL Advance Version.

Ketiga-tiga variasi ini dilengkapi dengan bodykit yang lebih menarik daripada model2 sebelumnya. Alza kini tampak lebih garang dan menarik.

Warna juga memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan penampilan kereta yang menarik. Perodua memberikan pilihan warna seperti Ivory White (putih), Ebony Black (hitam), Glittering Silver (perak), Mystical Purple (ungu) dan Passion Red (merah). Warna merah merupakan warna baru yang diperkenalkan untuk model ini.

Dari segi harga pula, Model Alza ini lebih murah berbanding model2 sebelum ini dengan Alza FL Advance Version hanya rm64000 sahaja. Sangat berbaloi-baloi.

Harga Alza 2014
Harga Perodua Alza Baru 2014

Alza Standard 2014
Perodua Alza FL Standard

Alza SE 2014
Perodua Alza FL SE

Alza Advance Version 2014
Perodua Alza FL Advance Version

Kami juga menyediakan MPV sewa Perodua Alza (tapi tahun 2013). Kepada individu atau syarikat yang berminat menyewa, boleh hubungi kami.

KLezCar Bukit Raja
016 9647428

Kereta sewa untuk semua...

No comments:

Post a Comment